EBOOK DETECTIVE TAXONOMY DICE SIRI 2
E-book Detective Taxonomy Dice Siri 2 merupakan satu pembelajaran berfikir, mencari jalan penyelesaian sambil bermain dadu. Murid menguasai sesuatu topik dengan cepat dan menyeronokkan. Murid-murid akan berusaha sendiri bersama rakan-rakan untuk menyelesaikan masalah dengan suasana yang seronok semasa bermain dadu gergasi atau dadu mini. Dengan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) akan dapat menaikkan prestasi murid dan negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa. Kebaikan penggunaan soalan kemahiran berfikir mengikut aras ini ialah kaunselor, guru atau fasilitator dapat merancang ujian pencapaian mengikut tahap dalam Taksonomi, memberi definisi yang standard untuk menerangkan dan mengelas hasil pembelajaran. Isu yang dikongsi ialah: KESELAMATAN DI JALAN RAYA KEPELBAGAIAN KAUM SEJARAH MALAYSIA PENDIDIKAN VOKASIONAL BUDAYA MEMBACA
Currently No Review